Q : Adakah Produk Teamon Malaysia ini dapat kelulusan KKM? 

Semua produk Teamon Malaysia mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. No kelulusan KKM di papar pada bahagian penerangan pada setiap produk.

 

Q : Adakah produk Teamon Malaysia telah di uji di makmal?

Ya, semua produk dari Teamon Malaysia telah di uji dan mendapat kelulusan selamat dari Kedah Kbio Corp Corporation Sdn Bhd. 

 

Q : Adakah produk ini mempunyai kesan pengelupasan ?  

Tidak, Produk Teamon Malaysia menggunakan bahan semula jadi, tiada proses pengelupasan. Tiada bahan pengelupasan seperti  merkuri, hidroquione dan paraben.

Jika anda menggunakan Teamon scar roller, kesan pengelupasan adalah tindakan semula jadi selepas Microneedling dibuat.

 

Q : Adakah kulit akan menjadi kering selepas menggunkan cleanser?

Fungsi Hyaluronic acid bertujuan untuk melembabkan kulit. Untuk jenis kulit berminyak, kulit akan merasa lebih lembab dan anjal. Untuk kes tertentu bagi mereka yang berkulit kering, adakala kulit akan berasa sedikit kering akibat tindak balas timun yang ada pada produk, kami sarankan anda untuk menggunakan moisturizer untuk membantu kulit kekal lembab.

 

Q : Berapakah jumlah produk yang terdapat dalam Teamon Malaysia?  

Brightening Set
  • Teamon cucumber serum , Teamon vitamin c & Teamon oat bar soap

Treatment Set

  • Teamon cucumber serum , Teamon vitamin c & Teamon green tea facemist

Facial Set

  • Teamon cucumber serum , Teamon vitamin c & Teamon green tea scrub 

Scar set

  • Teamon vitamin c , Teamon oat bar soap , Teamon isopropyl alcohol , Teamon scar roller

 

Q : Berapakah tempoh penggunaan untuk 1 set?

Untuk kaedah penggunaan seperti yang dicadangkan, produk boleh bertahan sehingga 1 bulan hingga 2 bulan.

 

Q :  Adakah produk ini mengandungi merkuri, hidroquione dan paraben?  

Tidak, maklumat bahan pada produk telah paparkan pada website dan pada label produk.

 

Q : Perlukah  saya rehatkan kulit wajah sebelum penggunaan produk?  

Tidak perlu jika pengguna biasa dan tahu mengenai rutin penjagaan kulit yang betul dan selamat. Bagi pengguna menggunakan produk merkuri sebelum ini. Pengguna perlu menyingkirkan sisa merkuri pada wajah menggunakan clay mask sebelum penggunaan set ini.

 

Q : Saya pengguna Set ini, tetapi pada wajah saya naik jerawat. Apa perlu saya lakukan?  

Keadaan ini mungkin terjadi atas banyak faktor, hormon , pemakanan , emosi, elergi dan lain-lain.

Untuk memastikan keadaan ini. Hentikan seketika penggunaan produk sehingga masalah jerawat hilang. Selepas keadaan pulih. Lakukan pemakaian semula seperti biasa.

Perhatikan tanda-tanda pada wajah. Sekiranya keadaan positif. Teruskan penggunaan seperti biasa. Jika sebaliknya. Kandungan bahan dalam produk mungkin tidak sesuai

 

Q :  Muka saya naik jerawat bernanah selepas guna produk ini, adakah ia dalam proses pemulihan kulit atau saya perlu hentikan penggunaan?  

Hentikan penggunaan produk ini dalam masa seminggu, dalam tempoh tersebut biarkan kulit anda bebas dari pemakaian sebarang produk.  Gunakan serum pada bahagian jerawat sahaja. Selepas 4-7 hari pakai serum seperti biasa.  

 

Q :  Set yang mana boleh membantu masalah kulit jeragat? 

Semua set yang mengandungi Cucumber Serum boleh membantu mengurangkan pigmentasi/jeragat pada kulit wajah. Cucumber Serum mengandugi ceramide yang memainkan peranan penting dalam pembinaan sel kulit baru dan mengekalkan kelembapan  air pada kulit.

Selain itu penggunaan Teamon scar roller membantu untuk mengurangi masalah jeragat.

 

Q : Set ini boleh digabungkan/dicampur dengan lain produk?

Boleh,  untuk toner, moisturizer dan sunblock , dibolehkan untuk menggunakan produk dari jenama yang berbeza.

 

Q :  Berapa lamakah saya perlu menggunakan produk untuk mendapatkan kulit bebas jerawat dan cerah?  

Tindak balas keberkesanan berbeza mengukut penerimaan kulit individu. Ia juga berbeza mengikut jenis masalah pada wajah masing-masing.  Untuk masalah biasa, kesan  dapat dilihat dari penggunaan set yang pertama.

 

Q : Kulit saya berminyak dan kusam, adakah produk ini boleh membantu mengatasi masalah ini?  

Fungsi Cucumber , Hyaluronic Acid, Ceramide  & Alpha Arbutik yang ada dalam produk ini untuk membantu mengurangkan masalah kulit berminyak, kusam dan kulit berjerawat.

Selain itu, untuk masalah kulit kusam anda digalakkan untuk menggunakan Teamon scar roller untuk kesan lebih pantas.

 

Q : Produk ini boleh dipakai oleh Lelaki dan Wanita ?

Ya, produk sesuai untuk lelaki dan wanita

 

Q : Ada kesan sampingan jika penggunaan diberhentikan?

Kesan sampingan biasa seperti kulit nampak kusam. Tiada kesan sampingan  merbahaya pada wajah jika penggunaan diberhentikan.

 

Q :  Golongan umur berapakah produk ini sesuai dipakai?

Produk ini boleh dipakai dari umur 13 hingga 50 tahun ke atas.  

 

Q : Teamon Vit C Serum boleh mencerahkan wajah?

Ya, fungsi Vitamin C & Alpha Arbutin yang ada pada produk bertujuan untuk mencerahkan wajah.

 

Q : Juga sesuai untuk masalah sunburn?

Ya, Cucumber pada produk akan bertindak sebagai penenang yang memberi kesan sejuk pada wajah dan fungsi Alpha Arbutin yang ada pada produk bertujuan untuk mencerahkan wajah.

 

Q :  Boleh memudarkan parut?  

Ya, fungsi Alpha Arbutin yang ada pada produk bertujuan untuk memudarkan parut jerawat.

Untuk mempercepat proses pemudaran parut, kami mencadangkan anda menggunakan Teamon scar roller.

 

Q : Berapa kesan parut pada wajah saya boleh hilang?

Tindak balas keberkesanan berbeza mengukut penerimaan kulit individu. Ia juga berbeza mengikut jenis parut pada wajah masing-masing.  Untuk parut jerawat biasa, kesan  dapat dilihat seawal 3 bulan.  

 

Q : Boleh menutup parut berlubang?  

Teamon scar roller dibuat khusus untuk mengurangi masalah parut berlubang. Gunakan secara teratur untuk mendapatkan hasil yang dikehendakki.

 

Q : Bagaimana dengan parut kemalangan?  

Produk ini tidak boleh menghilangkan parut akibat kemalangan. Pelanggan disaran untuk mendapatkan rawatan khas untuk masalah ini

 

Q : Produk ini boleh menghilangkan blackhead & Whitehead?

Untuk masalah whitehead dan blackhead , pengguna di sarankan untuk mengambil set facial kerana didalam set ini terdapat Teamon Scrub untuk tujuan facial.

 

Q : Adakah produk ini berkesan untuk masalah pori terbuka?  

Pori tidak boleh ditutup, Produk ini hanya mengecilkan bukaan pori sahaja.

Teamon scar roller boleh membantu mengurangi bukaan pori. Dengan penggunaan secara teratur , bukaan pori akan berjaya disamarkan.

 

Q : Saya mengalami masalah mata panda. Boleh saya letak Cucumber Serum?

Tidak disarankan disebabkan lapisan kulit bawah mata, agak nipis dan lebih sensitif. Cucumber Serum adalah untuk tujuan rawatan untuk masalah berkaitan kulit wajah sahaja.

 

Q : Jika saya menghadapi masalah jerawat pasir, adakah produk ni boleh membantu masalah saya?  

Ya, Teamon Cucumber Serum mengandungi Cucumber, Hyaluronic Acid & Ceramide yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada wajah dan membantu  masalah jerawat pasir.  

 

Q : Produk perlu disimpan dalam peti sejuk?  

Tiada keperluan untuk menyimpan semua produk ini dalam peti sejuk.

 

Q : Ada tarikh luput untuk setiap produk?  

Tarikh luput untuk setiap produk adalah 2 tahun selepas dikilangkan.  

 

Q : Jika ada masalah resdung boleh gunakan produk ini?

Boleh, untuk keadaan resdung yang biasa  penggunaan produk tidak akan mendatangkan kesan buruk. Walaubagimana sekali pun , resdung adalah masalah dalaman yang perlu dirawat untuk mendapatkan kesan maksiumum produk

Your cart is currently empty.
Continue shopping